//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner

hello peeps ! welcome to super awesome:D


Daisypath Anniversary tickers
Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Hazira Zyra
Others: ♥ ♥ ♥


Last Day !

Assalamu'alaikum . Hai semuaa ! sihat ? harap semua nya okey lah kan ? idok , tak boleh lah join wani kat sini . bagi sapa-sapa yang tak sihat tu . p makan ubat pih . pastu rest . bila dah sihat baru meyh sini balik . hoho , bukan menghalau cuma tamo membebankan . kesihatan anda lebih bermakna => dan bagi sesiapa yang tak solat lagi tu . pergi lah menunaikan tanggungjawab anda dahulu . lebih baik solat di awal waktu . bukan ? hmm , rasanya tu saja kod . so , kita dah boleh start story mory ni .


hari ni , hari khamis . memang tau lah esok baru hari last . tapi dah memandangkan ramai pulak yang buat extra cuti . kata esok tak skolah dah . pakat ikut Johor , Kelantan , Kedah bagai . hmm , kuasa majoriti lah menang kan ? dengan wani tanya orang pun dapat maklumat silap . aiee -,-

tapi , tak apa lah . tak rugi mana pun . esok tayah p dah kan ? ermm , ni nak cerita pasal tadi lah ni .




harini , macam biasa . bersiap pakai baju sukan . yang lain nya mungkin sebab harini wani pakai bawal ja . tak macam selalu pakai tudung sekolah . pakai bawal ni pun sebab malas nak iron tudung sekolah . haha . p ja sekola . rasa janggal tiba-2 . 

well , lagi un ta heran sebab lama tak p sekolah . dengan wani memang jenis lambat mesra alam . haha . dop kat wakaf sampai tujuh lebih . lepas tu kami jalan ja masok . tunggu zyra lama sangat . masa jalan masok tu , macam selalu ... perempuan kan ? sembang itu , sembang ini . lepas tu masa jalan dah sampai depan bilik sukan wani rasa macam ada orang tengok .

haha , perasaan ja maybe , malas layan . so , buat tatau ja . ishh ! tau lah kami semua lama ta p sekola . ada yang seminggu ada yang empat hari . dengan pasang lagu-2 yang happening . bukan lagu-2 nasyid lagi dah . macam kat karnival tu . tak patut-2 . tau lah ujung tahun pun .

harini , kami rancang buat jamuan sikit-2 . order kek . beli air . tu ja . tu pun sebab ada yang tuntut balik duit depa kan . tu yang buat . sebab kalau ikutkan kami nak p kangar ja . keluar ramai-2 . main bowling . tapi tak semua yang nak p . so , makan kek je la habiskan duit . rancang last minit namapun . kek marble cheese . harganya saja RM120 . hoho , besarrr ! cheese dya pun banyak . kek bawah tu kek chocolate . so , memang ta rugi lah RM120 pun kan . duit lebih tu kami beli air kotak teh bunga .

memang banyak tak terkata . kami pun makan sorang dua potong . cheese dya banyak sampai ermm tak leyh masok apa dah . dah wani memang jenis bukan makan sekali banyak-2 . sikit-2 ja . tapi selalu . faham ? tak faham diam . haha . kami bagi dekat orang lain sama . sapa yang dop kat situ . yang lalu kat situ . tapi ada yang tamau . tak makan katonya . 

kami simpan dekat budak-2 kelas yang train ragbi sama . lepas kami makan tu kami p hostel . p bagi ... tapi ta masok pun lah . sebab waqi dah jalan nak keluar . dya kata nak p makan nasi . kod . so , kirim kat dya jaa . pesan jangan lupa bagi dekat tiga orang yang kami simpan . yang lain tu makan lah sekali dengan budak ragbi yang lain . hoho , buat amal sekali sekala . tak salah kan ?

dari awal sampai balik kami lepak ja dekat lorong tepi bilik seni tu , memang best lah ! haha , bergambar . situ klas kami yang banyak . sembang-2 sapa yang nak pindah . lepas tu kami tengok balik gambar yang kami p rombongan aritu . hoho . akhir tahun namapun kan ? wani bawak lah ''benda'' yang ta sepatutnya . 

lepas tu , wani buka video birthday zaty yang kami buat aritu , tapi dah cd yang bagi kat dya tu tak dapat nak menunjukkan apa-2 . tu yang baru bagi arini . saja jaa . haha , tengok macam nak nangis ja ... hoho , wani tengok sendiri pun teriakk ooo ! seriess ! nak tahu video apa ? adolahh . rahsia kami-kami . haha . kalau nak mintak kat tuan nya sendiri . 

masa balik tu kami stop kat padang sat . amik gambar lagi . hmm , masa jalan balik tu . rasa sedih gila . hari last sekolah macam tu ja . ta best langsung macam tahun lepas . tapi okey la sebab kami semua happy . 


teringat lagi masa dulu-2 . kelas kami kena marah terok kod . cikgu tu masok kena marah , cikgu ni masok kena marah . kena tahan telinga macam-macam . kena tahan telinga kelas kami dihina . kena tahan telinga bila dibanding-bandingkan . Ya Allah ! masa tu Dia ja yang tau . 

setiap kali exam memang masing-masing tahu lah nasib kami macam mana . kan . so sabar je laa . kami batch KPG yang terok cikgu kata . dan kami juga batch PMR yang terok . double keyh . hmm , tapi kan seteruk-teruk kami , kami tak kurang ajar .. hmm , rasa macam unfair pun ada ....

dengan masing-masing excited rancang buat rombongan . tapi masalah kami tada sapa nak handle jaa . guru kelas busy dengan SPM . kami pun tamau bebankan dya banyak sangat . sebab kami memang tau dya dah ada banyak tugas . sampai kadang-2 sebelum start belajar subjek sains kami bercerita dulu => so , tak jadi lah rombongan pun .

Rindu :') tambah-tambah masa form one . time kami satu kelas yang masih tak berapa rapat dengan semua orang kena denda junjung kerusi kat atas kepala tepi kelas . malu kod ! dua kali . dengan budak-budak blok depan dop tengok kan . tapi okey lagi sebab masa tu blok depan kami dengan tepi kelas kami sama batch . so , ta malu tera mana sangat bila depa tengok . nak tau sebab apa ? sebab tak sapu sampah , haha . so , sapa yang bertugas tu je lah yang tak kena diri luar tu . depa sapu sampah . lagi lambat depa buat kerja lagi lama kami yang kat luar tu junjung kerusi .

haha , tingkap pulak dibagi sorang satu . setiap hari kena lap . tapi awal-2 ja kami buat . elok lepas tu , pakat lupa habis dahh . tapi , cikgu kadang naik jugak mengejut . yang ni pun masih ingat lagi , sapa ntah lari kalang kabut masok kelas bagi tau cikgu katemi on the way nak naik kelas . semua berebut lap tingkap . sebab memang wajib bila dya naik dya akan tengok semua tu .

haha , dya didik kami suruh berdisiplin . dya selalu tegas kan kami KPG jaga nama . jaga prestasi . hmm , bila akhir tahun .. wani , mira , zyra naik keta dya p amik KFC . pastu singgah rumah dya . series dya memang penyayang . kami semua SAYANG dya sangat-2 ! hoho , hmmm tapi yang rugi sempat setahun ja dengan dia :') Rindu semua kenangan kami semua ...

macam-macam kami satu kelas tempuhi , harungi . cewaahhhh ! ayat can't go . haha , tapi ini lah yang dinamakan one happy family ! namapun start dari form one kan . hoho .

hmm , pejam celik pejam celik dah banyak kenangan kami semua . Terima Kasih ! Untuk semua yang sudi hadir dalam hidup wani . Mencorak kan kenangan yang terindah =)